PROFAIL JABATAN /LATAR BELAKANG JABATAN

LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH TUARAN

Pejabat Daerah adalah satu-satunya Agensi Kerajaan yang paling unik. Ia bukanlah jabatan yang mengkhusus dalam satu bidang sahaja sebaliknya Pejabat Daerah adalah Agensi Kerajaan yang dikehendaki bersifat "Jack of all Trades”. Pejabat Daerah menerima arahan daripada semua Kementerian di Negeri Sabah, Jabatan Negeri dan juga daripada Jabatan Persekutuan serta Suruhanjaya di Peringkat Persekutuan.

Pada pandangan masyarakat di luar (man on the street) peranan dan fungsi utama Pejabat Daerah adalah sebagai satu pejabat yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan projek-projek pembangunan dan juga sebagai satu pusat penyelesaian masalah mereka dalam hubungan di antara rakyat dengan kerajaan dan dalam hubungan di antara rakyat dengan rakyat. Dalam masa yang sama, Pejabat Daerah bertanggungjawab terus kepada Stakeholder iaitu Kerajaan dan harus akur dengan semua arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Hakikat ini menjelaskan bahawa Pejabat Daerah adalah Institusi di hadapan yang melaksanakan semua dasar yang digubal oleh Kerajaan seperti Dasar Pembangunan, Dasar Pengurusan Alam Sekitar, Dasar Sosial, Dasar Ekonomi, Dasar Penggunaan Tanah, Dasar Sumber Manusia, Dasar Peningkatan Kualiti Perkhidmatan dan banyak lagi.

Peranan Pejabat Daerah ini kebanyakannya adalah dalam bentuk arahan tetap iaitu dalam bentuk undang-undang tetapi banyak juga yang dikeluarkan melalui pekeliling-pekeliling, surat-surat arahan rasmi dan tidak kurang juga yang dikeluarkan secara lisan. Walaupun peranan Pejabat Daerah ini amat luas, namun demikian fungsi utama Pejabat Daerah seperti menjadi tanggapan semua pihak adalah berkisar kepada perkara-perkara yang ada hubungkait dengan pembangunan dan sebagai pusat penyampaian masalah rakyat dalam daerah, pemberian lessenlesen perniagaan dan lain-lain lagi. Bertitik tolak daripada tanggapan umum ini maka dengan ringkasnya beberapa gungsi utama Pejabat Daerah.

Image